1. TIPS KESIHATAN KURANGKAN GARAM
Terlalu banyak garam dalam diet boleh meningkatkan lagi kandungan sodium terhadap cairan tubuh dan akan ini akan melambatkan proses pengeluaran air dari sel tubuh. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung. Mengambil kuantiti garam yang terlalu banyak juga akan menyebabkan kamu mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan juga obesiti.
2. MINUM BANYAK AIR
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, kamu sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. hal ini kerana ia akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar daripada sistem badan. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
3. MAKAN PERLAHANLAHAN
Jangan makan gelojoh kerana ketika kamu menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan perut menggelembung. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan masalah gelembung. Tabiat ini sering dilakukan oleh lelaki, mungkin kerana terlalu ingin mengejar masa. Malah perlu diingat kesihatan juga mesti dijaga.
4. PENGAMBILAN SERAT
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan masalah gelembung. Makanlah serat yang terdiri daripada buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air. Selain itu produk sampingan seperti biskut ataupun roti yang memiliki serat turut membantu kamu untuk mengelakkan perut buncit.
terbace, n tetibe terasa..wuakakaka..ok i will follow this..now my niet diet jus only eat 2 slices of bread..mtak2 la leh kurangkan kemuncitan nih! rse2 cm dh lbih 2 bulan mkn roti jekkk..huhu..
